>
Blogger Templates

Saturday 26 November 2011

CERPEN: AKU BUKANLAH UNTUKMU

AKU BUKANLAH MILIKMU

Hari demi hari berlalu.. menanti sebuah kebahagiaan yang akan memberikan cahaya dalam kehidupanku.. aku hanya memikirkan adakah ini sebuah ilusi?? Atau aku hanya bermain dengan perasaan?? Tidakk.. tidak semua yang memahami apa itu yang dikatakan perasaan..aku sendiri tidak mengerti perasaan bagaimana yang dimaksudkan. Ohh! Apa itu cinta?? Apa yang ada pada cinta?? Adakah cinta itu satu permainan yang melibatkan hati dan perasaan??
“lalalala~ ibu... qalisya da balik..” teriak aku kepada ibu. Oohhh! Anak ibu sudah pulang ye?? Da makan belum, qalisya?” Tanya ibu kepada aku. “qalisya da makan tadi da ibu masa penutup dekat kem tadi”. Selama 3 hari aku mengikuti satu kem kepimpinan di Gunung Pulai, Kulai Johor. Sejak pulang dari sana aku merasakan ada sesuatu yang membuatkan aku merasa lain dari selalu. Aku akan tersenyum sendiri. Krinngggg~! Telefonku berbunyi menandakan ada SMS masuk dan aku terlihat nama dia tertera di skrin telefonku! Yeah dia! Muhammad fareez izwan.
“ assalamualaimun qalisya, apa khabar? Sihat tak?”
Aku trus membalas sms darinya.. tersenyum sendirian ketika ber’SMS’ dengannya. Selama beberapa minggu kami berhubung, kami mulai rapat dan dari situ timbul rasa sayang antara kami. Dan akhirnya pada 25 julai 2008 kami ‘declare’ sebagai pasangan couple. Aku rasa sangat bahagia ketika itu.. aku dapat merasakan seperti aku berada di suatu tempat yang sangat menyenangkan diriku disampingnya. Tak pernah pun aku bertengkar @ bergaduh dengannya disebabkan sesuatu perkara. Tapi, kadang2 aku yang sengaja cari psl dengan dia. Dia sangat memahami aku. Dia tak pernah sekalipun meninggi suara dengan aku.. walaupun aku dengan dia agak jauh, namun kami tetap bahagia. Pernah suatu malam dia menceritakan sesuatu yang mungkin pada masa tu agak menyakitkan hati aku. Dia bagitau aku yang dia teringat-ingat n maybe jgk la dy ter’suke’ seorang perempuan yang dia terserempak dekat pasar, katanya la. Tapi aku tak tau la. Aku tau dia seorang yang jujur. Jujur dalam perhubungan kami. Tapi, biasa la, siapa tak cemburu kan.
“qalisya syg, janganlah macam nie, fareez cakap sebab fareez rasa bersalah, fareez nak jujur dengan qalisya, tolong pliss.. fareez sayang qalisya sorang je syg..” pujuk fareez.
Time 2, kelakar pun ada jugak la. Tapi aku sangat percayakan dia. Masa tu, tiada siapa lagi dalam hati aku selain dia. Dia tak pernah tipu aku, setahu aku la.
Malangnya hubungan kami tak kekal lama.
“ibu, ada orang laki SMS angah bersyg2 ibu” teriak adik bongsuku. Huh, dia memang kuat mengadu.
“siapa yang SMS kamu tu qalisya?? Dengar sini ibu ckp, kau tu bru 16 tahun, tak sampai 16 tahun pun lagi da pandai nak bercinta. Sekolah lagi dah bercinta! Ibu tak suke tahu tak??! Ibu tak nak lagi kau bercinta waktu sekolah nie faham??!! Handphone kau tu ibu pegang, jangan pandai2 nak ber’SMS2’, bercinta2!!” marah ibu kepadaku.
Aku sedih, seharian aku membengkakkan mataku, aku menangis mengenangkan nasibku. Aku sayang dia. Ye, aku sangat sayangkan dia. Tapi aku ta nak kecewakan dia, aku tak berani nak memberitahukan hal sebenar kepada fareez. Suatu petang, aku menghantar SMS kepada fareez untuk memutuskan perhubungan kami. Tapi, fareez tak mahu, fareez merayu supaya kami tak putus. Aku menangis lagi, aku cuba kuatkan diri aku. Aku tak nak fareez fikir, ibuku tak terima dia.
“awak jahat! Awak ada perempuan lain kan? Awak sebenarnya ‘couple’ dengan orang lain kan??” aku cuba membuat alasan supaya aku tidak terus buatkan dia tertanya2 sebab perpisahan kami. Sebenarnya aku tahu, itu semua tidak menyelesaikan apa2, aku sayangkan dia, tapi, apa daya aku??
Beberapa lama selepas itu aku masih lagi berhubung dengannya, aku sangat rindukan dia, rindukan saat kami berbual mesra, usik, mengusik, gurau-gurauan. Tapi, semua tu hanya tinggal kenangan. Walaupun kami bukan sepasanag kekasih lagi, tapi aku bahagia sebab dia sudi berkawan dengan aku. Sekurang2nya kami tidak ‘loss contact’. Namun, niat dan harapan aku untuk meneruskan hubungan kami tanpa diketahui ibu bapa hanya tinggal harapan.
“qalisya, sebenarnya fareez dah ada pengganti qalisya, kami pun dah ‘declare’. Time tu kami tengah jogging sesame, masa tu la fareez mula sayang pada dia.” Jelas fareez.
Oohh! Aku terkedu, niatku untuk berbaik dengannya melayang begitu sahaja, aku sangat sedih. Ye, kami baru saja berpisah, dia dahh jumpa pengganti aku! Sangat mudah! Aku menangis lagi. Aku tahu semua nie berpunca dari aku sendiri, salah aku! Aku tau dan dia juga pernah memberitahuku, dia ‘declare’ dengan perempuan tu sebab frust dengan aku. Sumpah! Bukan niat aku nak kecewakan dia, time tu kali pertama aku ‘couple’ dengan dia. Dia la ‘first love’ aku. Dia tak tahu bagaimana perasaan aku ketika itu. Yeah! Dia tak bersalah! Dia sangat baik. Aku tumpang bahagia bila melihat dia bahagia.
Puas aku terfikir bagaimana aku nak lupakan dia, jauhkan dia dari hidup aku. Aku tak dapat nafikan, aku sangat merinduinya! Sangat rindu! Aku bernasib baik sebab kawan2ku sentiasa ada dengan aku memberikan aku semangat. Aku mulai semangat apabila seorang kawan lelaki sekelasku sentiasa menghibrkan aku. Ketika itulah sedikit demi sedikit aku cuba lupakan fareez. Yeah, mungkin fareez bukan jodoh aku. Dalam kegembiraan yang sedang aku rasai, haikal, sahabat yang sentiasa menceriakan hari-hariku sejak aku murung. Dia lah yang menggembirakan aku setiap hari di dalam kelas. Haikal memang seorang pelajar yang di antara terpandai di sekolah, di kelasku dia seorang yang famous dengan lawak buruuk dia tu setiap hari. Boleh pecah satu kelas dengan gelakan kawan2 sekelasku dek melihat dan melayan telatah haikal. Em, saat tu jugak aku mulai cuba untuk menerima hakikat bahawa aku dan fareez bukan jodoh. Walaupun aku masih lagi menyayangi fareez, namun aku juga tidak dapat menolak haikal. Haikal yang banyak menceriakan hari2 ku.. sudah 5 tahun kami berkawan, sedikit demi sedikit aku mula menyayangi haikal lebih dari seorang kawan. Dia seorang yang sangat mengambil berat tentang diriku begitu juga kwan2ku. Aku bahagia denganya walaupun tak la sebahagia aku dengan fareez. Namun, ketika aku mula merasa detik2 bahagia dengan haikal, haikal membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan kami. Iye, kawan2 pun tidak tahu tentang perhubungan kami, sebab kami ingin merahsiakannya.tapi aku tidak dapat enahan sebak menanggung sendirian. Aku menceritakan semuanya kepada kawan karibku. Aku tidak tahu sebab kenapa dia nak putuskan hubungan kami. Sekali lagi terjadi dalam hidupku, ditinggalkan oleh dua lelaki yang aku sangat sayangi! Aku terfikir adakah ini balasanku kerana mngecewakan fareez suatu ketika dulu?? Tapi itu bukan kemahuan aku. Betul la kata ibu, cinta semasa di sekolah hanyalah sekadar cinta monyet yang menggangu pembelajaran!

Written on 8 december  2009.

No comments:

Post a Comment



 
Angry Birds -  Help